Semester Baru



Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani.

7 Disember 2009.

Semester baru bermula di bumi UIAM. Alhamdulillah, pendaftaran kelas untuk semester ini berjalan lancar. Hanya yg membuatkan hati ini berat ialah apabila saya mempunyai kelas pada hari jumaat iaitu class tort law. Boring! Haha.

Misi untuk semester ini adalah pastinya meningkatkan CGPA saya yg tidak mencapai objektif pada semester yg lepas. Nak kena straight As untuk semua subjek sem ni.

Di bumi Kuliyyah Undang-Undang Ahmad Ibrahim ini juga kelihatan pelajar-pelajar junior yg baru memasuki UIAM Gombak. Ada yg bertanya pada saya tentang lokasi kelas. Haha.

Apa-apa pun permulaan semester ini nampak baik dan lancar. Abg Dhany juga ada memberitahu tadi bahawa usrah akan diadakan pada esok malam. Tak sabar rasanya utk bersua muka dengan sahabat-sahabat setelah lama bercuti(tak lama pun sebenarnya) =P

Dan pastinya dalam kita melangkahi hidup ini, pastinya akan diturunkan dugaan dan cabaran kepada kita oleh Allah swt. Oleh itu sama-samalah kita bertawakal dan berfikir positif serta bersyukur dengan dugaan-dugaan yg hadir.

Semoga Allah swt sentiasa melindungi kita semua dengan kasih-sayangNya. InsyaAllah.


Cinta

cinta ikhlas tidak perlu untuk dibalas.

Sajak Keinsafan

tika ku karang sajak ini,
aku terfikir,
jutaan dosa telah ku lakukan,
tak kira besar mahupun kecil,
telah ku zahirkan sejak ku kecil.

aku bukanlah hamba yg baik.
tidak.
tidak sama sekali,

walau begitu,
Ya Rabbi tidak pernah mengahalang rezeki kepadaku,
baik susah mahupun senang,

Ya Rabbi tidak pernah membenciku,
begitu juga hamba-hambanya.
Sememangnya Kau lah yg Maha Pemurah dan Maha Pengasih.

Ya Rabbi sentiasa bersamaku,
walaupun dosa-dosaku sgt tak terkira,
aku malu,
sesungguhnya malu,
malu.

aku malu mengenang dosa-dosa lampau,
malu pada yg Esa.

Bola Sepak Selangor




p/s: kpd penyokong2 negeri lain, artikel ini tidak ditulis utk membangga2 kan rekod dan sejarah pasukan Selangor. Hanya sekadar utk dijadikan informasi.

Selangor sememangya sudah tidak asing lagi di dalam dunia bola sepak tempatan. Lebih dikenal sebagai Red Giants, Selangor adalah pasukan paling digeruni di dalam negara ini sehinggalah sekarang. Menjadi juara Piala Malaysia paling banyak iaitu sebanyak 30 kali jauh meninggalkan negeri-negeri lain di belakang. Musuh tradisi Selangor sememangya Singapura yang merupakan pasukan kedua yang terbanyak menjuarai Piala Malaysia.

Kegemilangan dan kejayaan pasukan Selangor sentiasa dicemburui negeri-negeri lain. Negeri Selangor turut mempunyai ramai bintang bolasepak yang membawa kejayaan kepada negeri dan negara seperti Raja Bola Ghani Minhat, lagenda Allahyarham Mokhtar Dahari, Santokh Singh, Zainal Abidin Hassan, Wong Choon Wah, Khan Hung Meng, Azman Adnan dan ramai lagi.

Moga bola sepak Selangor terus garang menjadi Gergasi Merah dulu, kini dan selamanya. Viva Selangor!!


Muammar Gaddafi


Tahniah!!

DUN Bagan Pinang

11 Oktober 2009.

1. Pilihan Raya Kecil DUN Bagan Pinang akan dilangsungkan pada tarikh tersebut. Tiba-tiba sahaja faktor calon menjadi pertikaian major ketika ini terutamanya perwakilan Barisan Nasional. Ada ura-ura yang menyebut bahawa Tan Sri Isa Samad akan dipilih.

2. Mengapa pemilihan Isa Samad menjadi bahan bualan masyarakat? Hal ini kerana beliau pernah dibuktikan bersalah terlibat dalam disiplin salah laku politik wang dan pernah digantung selama 3 tahun. Walaubagaimanapun, kini beliau adalah Ketua Bahagian UMNO Teluk Kemang dan bagi mereka wajarlah beliau dipilih.

3. Pendapat peribadi saya? Saya langsung tidak bersetuju dengan pemilihan Tan Sri Isa Samad. Tiada siapa boleh menafikan beliau mungkin sudah berubah dan insaf. Ada sesetengah pemimpin UMNO yang lain mengatakan bahawa pemimpin-pemimpin pembangkang juga adalah bekas banduan dan mempunyai rekod buruk seperti Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng.

4. Tetapi harus diingat senarionya berbeza. Pembangkang dengan mudah sahaja akan mengeksploitasi keeadan ini. Barisan Nasional perlu mengambil pemimpin-pemimpin yang bersih rekodnya. Lagipun tidak perlu takut untuk meletakkan pemimpin yang tidak "bernama" kerana Bagan Pinang itu sendiri adalah kawasan UMNO.

Tudung dah ke mana?

Ada segelintir daripada kita akan memberitahu seluruh dunia yg mereka ingin berubah ke arah kebaikan. Sebagai contoh, daripada tidak bertudung berubah untuk memakai tudung. Ada beberapa orang artis yang berbuat seperti ini.

Dahulunya memberitahu kepada seluruh untuk memakai tudung. Tapi sekarang, apa sudah terjadi. Ada yang dah mula nampak leher. Sedangkan tujuan bertudung itu bukan saja untuk menutup rambut, tetapi juga untuk menutup leher daripada dilihat orang ramai.

Tuntasnya, tidak perlulah kita heboh memberitahu kepada seluruh dunia bahawa kita ingin berubah. Elok didiamkan sahaja untuk amalan itu dinilai Allah swt.

p/s: Siti..erk

16 September (bukan entri perkauman)

16 SEPTEMBER.

Tanggal yang mana Malaysia yang ada pada hari ini ditubuhkan. Semenanjung, Sabah dan Sarawak. Tarikh yang penuh bersejarah ini juga harus menjadi batu loncatan pemikiran kepada semua rakyat Malaysia. Sesiapa juatidak mengira bangsa haruslah menghormati dan meluhurkan Perlembagaan Persekutuan dan juga Kontrak Sosial yang telah dipersetujui bersama oleh nenek moyang kita secara bersama.

Hentikanlah pertikaian tentang status agama Islam sebagai agama rasmi Persekutuan seperti yang telah ditetapkan dalam Perlembagaan Persekutuan di bawah Artikel 3. Begitu juga dengan hak istimewa orang Melayu dan kaum Bumiputera yang lain seperti yang tertulis di dalam Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan. Begitu juga dengan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi(Artikel 152). Usah dicabar kedaulatan Raja-Raja Melayu.

Usahlah menjadi barah dan virus kepada anak bangsa dan tanah air sehingga kita berpecah-belah dan hidup dalam perasaan prejudis.

p/s: Entri ini mungkin akan membuatkan seseorang terasa. Ahli-ahli DAP mungkin.. err.. begitu juga dengan orang Melayu yang mahukan Artikel 153 dihapuskan.. err..

Sekian. Wassalam.

Samy Yusuf




I do not know who is him previously.
But I feel so calm when listen to the theme song of Jejak Rasul this season.
I went to search for the information and Alhamdulillah, I got the song's title.

The title "Asma Allah".
A very beautiful song.

You guys have to listen to his music. Serious.
A good kind of dakwah.
Subhanallah.

Samy Vellu, MIC and Dr. Mahathir

Assalamualaikum wbt and Happy Ramadhan.

1. It had been a controversial issue when it comes to several political figures in Malaysia. Datuk Seri S. Samy Vellu and Tun Dr. Mahathir Mohamad.

2. It became an issue when Tun gave his opinion that Datuk Samy must not remain his position as the President of MIC. As a result, majority of the perwakilan of MIC had insulted Tun in the general meeting of MIC.

3. Personally speaking, I totally agree that Datuk Samy is a liability for MIC itself. I did not mention that Datuk Samy had done nothing to the nation, but current situation tells the fact.

3. Plus, with his lost in the 2008 general election in Sungai Siput, it clearly showed that there is something wrong is going on about him.

4. Perhaps, people do not want him anymore. History had told us that people do not want a leader to lead them in a very long period if the leaders had not done their very best. For instance Julio Caesar in the Roman empire, Soekarno in Indonesia and George W. Bush in the USA.

5. Only a leader that had been successfully contributed to the country will be chosen to lead in a long period. The best example is Tun himself.

6. The actions of some MIC perwakilan that insulting Tun only showing their negative personal mind perception. No respect for the elders.

7. It was not wrong for a man to correct the elders, but it must be done in a very good way that will not affect their feeling.

8. And MIC have to learn this if they want to gain back the people support.

9. Plus, we are the Asians that is full with the good traditions. Maybe people had forget this fact.

Kononnya Mahu "Ganyang Malaysia"


Di Indonesia, bendera kebanggaan rakyat Malaysia dibakar dan dipijak-pijak ekoran kempen "Ganyang Malaysia". Bukan hendak menyalahkan semua rakyat Indonesia, tetapi sikap segelintir rakyat mereka ini mampu untuk menyemarakkan darah kemarahan rakyat Malaysia.

Jelas, perkara membakar bendera negara lain melambangkan bahawa rakyat negara mereka masih tidak matang dan berminda kelas ketiga. Daripada dibakar Jalur Gemilang itu, baik dibakar bendera biru putih Israel.

Selain itu, di lawan web facebook.com juga ada rakyat Indonesia yang menubuhkan group "Ganyang Malaysia" dan perbincangan ahli-ahli group tersebut adalah tentang mengutuk Malaysia. Sedangkan mereka terlupa dan terlepas pandang bahawa beratus ribu saudara mereka mencari makan di bumi Malaysia. Daripada pekerja profesional sehinggalah pekerja tanpa izin.

Yang perlu diingat oleh semua rakyat Indonesia, Malaysia sentiasa menjadi jiran yang baik sejak Malaysia ditubuhkan. Dan Malaysia lah yang sering membantu negara itu ketika menghadapi kesusahan.

Homoseksual-Gay

Assalamualaikum wbt.

Di kala aku menunggu-nunggu waktu bersahur, aku terfikir-terfikir mengapakah golongan homoseksual kini semakin meningkat. Menurut pemerhatianku, golongan homoseksual yang melibatkan daya cenderung seks sejenis semakin meningkat di kalangan masyarakat Malaysia.

Gay dan lesbian. Kedua-duanya adalah barah kepada dunia dan tamadun manusia. Pada penulisan kali ini, aku ingin mengkonsepkan perbincangan kali ini berkisarkan topik Gay. Aku ingin menulis tentang tajuk ini kerana aku melihat masalah ini semakin menjadi-jadi di kalangan lelaki di negara ini.

Sememangnya hubungan seks sejenis ini sangat dibenci oleh Allah SWT. Kaum Luth pernah dibinasakan kerana aktiviti dan kegiatan Gay ini. Begitu juga dengan kaum Tsamud. Aku bimbang dan gusar dengan alasan yang diberikan oleh golongan Gay ini.

"Dah takdir..bukan kitorang yang nak jadi gay" Jawapan klise. Aku malas melayan alasan sebegini. Teknik bidasannya mudah. Jika lelaki normal wajib untuk mengawal nafsu terhadap wanita, mengapa tidak seorang Gay mengawal nafsu daripada terderung melakukan maksiat hubungan sejenis? Bagi golongan Gay ini, mereka seolah-olah diberikan pelepasan untuk melakukan maksiat tersebut.

Sedangkan hukuman sesama jenis lebih dilaknat Allah SWT berbanding hubungan luar nikah lelaki dan perempuan. Aku amat berharap agar dunia ini kembali kepada norma-normanya. Moga golongan-golongan homoseksual ini dapat dibanteras sekaligus menyucikan kembali norma ketamadunan manusia.

Happy Merdeka Day



Happy 52th Independence Day to my Malaysia.
No words to describe how appreciate we are to have 31st August 1957.

Somehow, the sad thing is many new generations of Malaysia had gone far in their social life.
I am praying that my generation will realize these social problems and hopefully these ills would be cured one day.

Wake up my people.
Merdeka is not only by saying it. By having the public holiday. Or by having such nonsense concerts. It's about remembering our ancestors that had done millions of sacrifices to set out the foreign powers.

It's about our survival to be the best civilization in this world. InsyaAllah.
The day will come.

Happy Merdeka Day to all Malaysians.


Melayu Liberal




Assalamualaikum wbt.

Pada posting kali ini, saya ingin berkongsi sedikit cerita perihal sikap segelintir manusia yang mempunyai daya pemikiran liberal. Ini bukan posting berbaur politik yang menyokong PAS ataupun UMNO ataupun apa-apa saja gerakan politik. Bukan. Cerita ini hanya berkisar tentang golongan yang mempunyai pemikiran liberal.

Di alma mater saya sendiri, UIAM, ada saja sekolompok pelajar yang pemikirannya sebenarnya masih belum matang walaupun dipuja-puja sebagai orang yang matang. Secara fizikalnya, ya, mungkin golongan ini sememangya orang-orang yang kuat membaca dan segala ilmu yang diambil daripada pemikiran ideologi barat telah meresap menjadi darah daging mereka.

Saya sendiri terkejut apabila saya sendiri mendengar yang pendukung liberalism ini tidak sukakan pada sistem Kesultanan Melayu sedangkan dia sendiri adalah seorang Melayu. Dia juga tidak sukakan agama Islam diangkat menjadi agama rasmi sedangkan dia sendiri adalah seorang Islam. Kononnya, kita mahukan kesamarataan pada abad ini. Korang ni tak sedar diri ke? Astaghhfirullah hal azim..

Saya tidak mahu mendedahkan siapa gerangan manusia ini kerana pemikiran yang seperti inilah sebenarnya adalah nanah dan najis kepada sesebuah masyarakat Muslim seperti di negara kita. Malas nak cakap banyak. Semoga Allah swt menyelamatkan bumi ini daripada golongan-golongan yang mempunyai pemikiran sebegini yang sememangnya akan merosakkan bangsa dan agama sendiri. Wallahualam.

UMNO dan PAS: Berjuang untuk Islam

Assalamualaikum wbt. Selamat Sejahtera.

Saya berasa terpanggil untuk menjawab persoalan yang ditimbulkan oleh kebanyakan ahli dan penyokong Pas yang mengatakan bahawa UMNO adalah sebuah part politik yang sekular dan tidak mahu Islam ditegakkan di bumi Allah ini sehingga ada yang berani mengeluarkan fatwa bahawa orang UMNO ini kafir. Amboi, berani betul orang ni ye mengkafir-kafirkan orang. Dah maksum agaknya. Yang peliknya, ahli-ahli Pas tidak pernah pula hendak menegur pemimpin mereka ini. Pelik bin Ajaib.

Wahai orang Pas, adakah anda sedar anda sedang menghukum saudara se-Islam anda sendiri? Hentikanlah perbuatan-perbuatan jahil seperti ini saudara-saudaraku. Harus diingat, UMNO juga misinya adalah untuk meletakkan Islam di hierarki tertinggi di bumi Allah ini. Jika benar UMNO ini menolak Islam dan "kafir", tidak akan diajar sistem perundangan Islam di universiti-universiti tempatan. Tidak akan diajar kepada para pelajar undang-undang bahawa Syariah itu wajib untuk dilaksanakan jika UMNO tidak mahukan Syariah. Jika benar UMNO ini kafir, boleh saja UMNO itu mengharamkan pengajaran tentang perundangan Islam di universiti-universiti. Sebaliknya UMNO mahukan para pelajar, golongan Muslim terutamanya untuk mendalami ilmu dan pengetahuan dalam bidang perundangan Islam.

Begitu juga dengan perkembangan sistem perbankan Islam dan sistem pendidikan yang berteraskan Islam. Kalau benar UMNO ini kafir, akan dirobohkan dan dilanyak-lanyak sahaja sekolah-sekolah pondok di negara ini. UMNO mahu Islam ditegakkan di dunia ini, tetapi harus diingat mekanisma dan modus operandinya berbeza dan lebih lembut yakni berhikmah. Kita harus jelas bahawa kita hidup di dunia yang kuasa dominannya adalah tamadun barat.

Maka untuk mencapai sebuah tamadun kerajaan Islam, pendekatannya haruslah dilakukan perlahan-perlahan dan bersistematik agar tiada pihak yang tersinggung apatah lagi kita hidup di bumi Malaysia yang mana tinggalnya masyarakat berbilang bangsa dan agama. Jika kita terus melakukan promosi besar-besaran inginkan sebuah kerajaan Islam, Islam itu akan dipandang tamak dan pentingkan diri oleh golongan bukan Islam.

Nabi Muhammad saw juga memulakan misinya untuk mengembangkan Islam dengan dakwah secara bersembunyi. Ini untuk mengelakkan masyarakat setempat daripada dilanda kejutan dan pastinya idea itu akan ditentang oleh golongan bukan Islam seperti mana yang DAP lakukan.

Oleh itu, Pas dan UMNO harus bersama-sama untuk menjalankan dakwah di bumi Malaysia ini kerana kedua-duanya adalah parti Islam agar Islam itu dipandang mulia oleh masyarakat. Begitu juga, jika ada kelemahan dalam pelaksanaan kedua-dua parti ini, ubahlah. Berubah sebelum rebah. Sekian. Wallahualam.

Kutuk, Puji, Kutuk, Puji Balik


Malaysia baru lepas kalah dengan Manchester United 2-3. Ramai yang kata skuad bola sepak Malaysia dah berubah. Dah bagus. Semua orang memuji di sana sini.

Tahun 2001, Malaysia masuk final bola sepak Sukan SEA. Lawan Thailand. Orang kata skuad Malaysia makin bagus.

Tapi orang memuji skuad Malaysia ni sekali-sekala je. Lebih banyak dicaci pasukan ni sebenarnya. Menang siket, orang puji-pujilah. Lepas ni kalah, orang Malaysia yang maki-maki sendiri kata pemain-pemain Malaysia jaguh kampung etc.

Selagi rakyat Malaysia sendiri macam ni, sampai kucing bertanduk pun Malaysia tak akan masuk Piala Dunia. Terus sokong team negara lain je which is rakyat dorang tak pernah terfikir pun nak sokong Malaysia.

Yang paling penting, Stadium Bukit Jalil penuh dengan warna merah masa Malaysia(tanah air sendiri) lawan Man Utd. Perkara macam ni takkan berlaku di negara-negara gergasi bola sepak yang lain yang mana rakyatnya sentiasa akan mengutamakan maruah negara.

Tsunami: Mangsa Bertukar Rupa

Assalamualaikum wbt. Salam Sejahtera.

Saya tidak berminat untuk bertindak di atas kapasiti UMNO(sememangya saya bukan ahli UMNO pun) pada penulisan kali ini. Hanya cuba untuk merungkai apa yang berlaku sekitar Pilihan Raya Kecil di Manek Urai yang lepas sebagai seorang manusia biasa yang bertindak di atas pagar. Jika pada Pilihan Raya Umum Mac 2008 yang lalu, Barisan Nasional dianggap dikejutkan oleh gelombang tsunami politik pihak pembangkang(walaupun BN masih pemegang kerusia terbanyak di Parlimen), prinsip yang sama juga digunakan untuk dikenakan ke atas PAS dalam PRK di Manek Urai yang lalu.

Setelah berpuluh-puluh tahun PAS menjadikan Manek Urai sebagai kubu kuatnya walaupun BN pernah merampas kerusi DUN itu pada Pilihan Raya Umum 2004, namun pada kali ini kemenangan yang dicapai PAS tersangat-sangatlah rendah majoritinya iaitu hanya sebanyak 65 jumlah undi. Sesuatu yang sangat tidak dijangka oleh pihak PAS sendiri.

Mengapa perkara seperti ini boleh berlaku? Adakah kerana para penduduk di Manek Urai sudah jelak dan bosan dengan politik kafir-mengkafir pihak PAS? Ataupun pola perubahan di dalam UMNO mula kelihatan sejak teraju kepimpinan diambil alih oleh Datuk Seri Najib Tun RazaK? Ataupun adakah juga para penyokong PAS sendiri sudah mula menolak kepimpinan PAS yang lebih rela berjuang bersama dengan puak yang terang-terangan menolak Islam? Ataupun para penyokong PAS sendiri mungkin sudah meluat dengan krisis dalaman yang berlaku di dalam PAS akibat isu kerajaan perpaduan yang dicanangkan oleh Presiden mereka sendiri?

Mungkin juga disebabkan pemilihan calon yang bertanding telah mengubah persepsi penduduk-penduduk di Manek Urai untuk memberikan undian kepada BN. Namun apa yang jelas pada PRK Manek Urai kali ini, tsunami politik sekali lagi telah bergelora. Dan mangsanya kali ini ialah PAS. Saya tidak mahu katakan DAP dan PKR juga sebagai mangsa kerana gabungan yang dinamakan sebagai Pakatan Rakyat bukanlah sebuah pertubuhan yang sah dan berdaftar pun walaupun saya percaya kedua-dua parti ini juga merasai gelombang tsunami yang sama.

Walaubagaimanapun, PAS yang menjadi mangsa tsunami kali ini tetap menang di DUN Manek Urai seperti mana BN yang menjadi mangsa tsunami PRU 2008 masih memenangi kuasa majoriti di Parlimen. Akhir kata, prinsip tsunami politik telah berlaku yang akan membuka perspektif baru kepada dunia politik negara.